Muat turun data MySejahtera langkah keselamatan, kata timbalan menteri


Hampir 50% pengguna didapati tidak bersetuju data peribadi disimpan dalam pangkalan data aplikasi MySejahtera. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari 2023.

DATA 32 juta pengguna MySejahtera dimuat turun sebagai langkah keselamatan susulan serangan yang dikesan ke atas aplikasi itu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat, data tersebut selamat tetapi kes tersebut belum dapat dijelaskan kerana masih lagi dalam siasatan polis.

Lukanisman menjawab soalan Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching) yang membangkitkan mengenai laporan Ketua Audit Negara mengenai isu keselamatan data rakyat Malaysia dalam aplikasi itu.

Beliau juga mengakui kerajaan bercadang untuk menjadikan MySejahtera sebagai aplikasi raya untuk menyimpan pelbagai maklumat kesihatan pengguna.

Tambahnya, kerajaan merupakan pemilik data berkenaan dan berhak penuh ke atas platform itu selepas kontrak mengendali aplikasi tersebut berakhir pada 31 Mac.

Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 yang mendedahkan data berkenaan dimuat turut oleh satu pentadbir peringkat tinggi Mysejahtera dalam kejadian antara 28 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Dalam tegurannya, laporan itu menyatakan Kementerian Kesihatan tidak memaklumkan data peribadi pengguna yang dimuat turun selepas lebih setahun laporan polis dibuat ke atas isu itu.

Data berkenaan berisiko disalahguna oleh pihak yang memuat turun, kata laporan itu yang turut mendapati kementerian tidak mengambil serius mengenai persepsi pengguna aplikasi.

Hampir 50% pengguna didapati tidak bersetuju data peribadi disimpan dalam pangkalan data aplikasi MySejahtera. – 27 Februari 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen