Pakar kata belanjawan besar perlu untuk berlindung daripada kemelesetan global


Desmond Davidson

Belanjawan 2023 antara lain bersifar holistik, inklusif dan memperkuat jaringan keselamatan sosial, kata Madeline Berma, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (Masa). – Gambar, 25 Februari, 2023.

BELANJWAN besar diumumkan semalam perlu kerana Kerajaan Perpaduan mahu mempercepat perubahan utama dan melindungi ekonomi daripada kemungkinan kemelesetan global, kata pakar ekonomi.

Madeline Berma, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (Masa) berkata belanjawan berjumlah RM388.1 bilion dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam memang dijangka.

“Ia mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan memberi tumpuan kepada usaha menangani kos sara hidup tinggi, memperkukuh jaringan keselamatan sosial, menangani korupsi, memperkasa ekosistem perusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan menangani isu berkaitan kewangan awam termasuk meneroka sumber baharu perolehan yang lestari dan meminimumkan ketirisan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, belanjawan itu juga menggambarkan komitmen kerajaan bagi memastikan kedudukan fiskal yang lestari dan baik, mengangkat integriti, memperkasa masyarakat penyayang dan berbelas kasihan serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan swasta.

Bekas profesor madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata belanjawan itu secara umum bersifat “holistik, inklusif yang menekankan kepentingan menggabungkan komponen manusia dan pembangunan ekonomi bagi memastikan ekonomi yang lebih berkemanusiaan.”

“Belanjawan 2023 akan melihat cukai lebih tinggi kepada golongan kaya T20, bantuan kepada yang termiskin B40 dan potongan cukai kepada golongan pertengahan M40.”

Belanjawan 2023 adalah yang pertama dibentang Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar bertemakan “Membangun Malaysia Madani”.

“Jangkaan perolehan dan pertumbuhan dalam pelan perbelanjaan baharu persekutuan tidak banyak berubah daripada Belanjawan 2023 yang dibentang tahun lepas.”

“Bagaimanapun ia tidak terikat dengan belanjawan dibentangkan kerajaan terdahulu,”katanya lagi. – 25 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen