.jpg)
KERAJAAN bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu ke atas barangan mewah tahun ini ke atas barangan seperti jam tangan mewah dan barangan fesyen, kata Anwar Ibrahim.
Menteri kewangan berkata ia sebahagian daripada pendekatan progresif kerajaan untuk meluaskan asas cukai.
Anwar juga berkata kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Ramai rakyat masih bergelut, inflasi makanan melebihi 5%, kadar gaji masih rendah, jadi sekarang bukan masa dan tempat yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakannya,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023.
Anwar, yang juga perdana menteri, berkata kajian akan dijalankan untuk memperkenalkan cukai keuntungan modal kadar rendah bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024.
Tambahnya, kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak berkaitan untuk meneliti butiran cadangan itu. – 24 Februari, 2023.
Komen