BUKIT Aman perlu menyiasat dakwaan terhadap polis dalam kes Kogee Sinniah, kata Maria Chin Abdullah.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, insiden membabitkan ahli perniagaan berkenaan yang mendakwa diganggu di jalan raya serta layanan polis yang diterima ketika cuba mendapatkan bantuan di balai polis Alam Damai, Cheras menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook, mencerminkan keperluan untuk pihak polis bertindak dengan belas kasihan dan sensitif terhadap rakyat Malaysia.
“Sudah pasti (Bukit Aman) perlu siasat, tetapi saya ingin menekankan mengenai penubuhan pasukan polis profesional yang menghormati hak semua orang,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Semalam, polis menahan tiga remaja susulan daripada video yang dimuat naik oleh Kogee.
Ketua polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata, tiga remaja terbabit disiasat kerana ugutan jenayah.
Katanya, Kogee berada dalam keadaan panik dan mengakui mungkin berlaku salah faham ketika dia tiba di pintu masuk balai berkenaan.
Maria berkata, semua orang tidak sepatutnya menghadapi apa yang dilalui oleh Kogee.
“Malangnya, polis tidak tahu mengambil tanggungjawab bagi kesalahan mereka.
“Tiba masanya untuk kembalikan cadangan dalam laporan Suruhanjaya Diraja 2005 untuk Menambah baik Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.”
Laporan berkenaan, yang diluluskan di Parlimen, menjadikan 125 cadangan, termasuk pendirian jelas terhadap pengurusan dan operasi polis.– 14 Mac, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen