TIDAK ada pengurangan dalam kos untuk projek kapal tempur pesisir (LCS) walaupun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan hanya menerima lima unit, bukannya enam seperti dipersetujui di peringkat awal, kata Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.
Mohamad berkata kos projek itu kekal pada RM9 bilion seperti yang diluluskan sebelum ini.
“Disebabkan banyak variasi daripada tempahan awal dan inflasi, harga (untuk membina sebuah kapal) sebenarnya sudah meningkat,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut), yang bertanya adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan kos proek itu selepas dilaporkan TLDM akan hanya menerima lima unit LCS. – 20 Februari, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen