Tarikh PRN jangka dibincang minggu depan, kata Chow


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perjumpaan pemimpin-pemmpin negeri terlibat PRN dijangka diadakan minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Februari 2023.

PARA pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijangka mengadakan pertemuan minggu depan untuk berbincang mengenai tarikh sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat bersama itu digerakkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Perbincangan mungkin berkisar kepada kata sepakat mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Menurutnya tempoh untuk mengadakan PRN kini semakin hampir.

“Waktunya (pembubaran) semakin hampir, walaupun tanpa perjumpaan itu, PRN negeri berkenaan akan tetap diadakan pada bulan Jun atau Julai nanti,” tambahnya. – Bernama, 17 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen