Angka korban gempa Turkiye, Syria kini lebih 12,000 orang


Pihak berkuasa dan pegawai perubatan berkata seramai 9,057 orang terkorban di Turkiye setakat ini, manakala sekurang-kurangnya 3,042 orang di Syria. – Gambar AFP, 9 Februari 2023.

ANGKA kematian akibat gempa bumi besar di Turkiye dan Syria kini mencecah lebih 12,000 orang, ketika pasukan mencari dan menyelamat masih bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa daripada runtuhan dalam cuaca sejuk.

Pihak berkuasa dan pegawai perubatan berkata seramai 9,057 orang terkorban di Turkiye, manakala sekurang-kurangnya 3,042 orang di Syria susulan gempa berukuran 7.8 magnitud yang melanda pada Isnin lalu. Ini menjadikan jumlah kematian sekatakat ini 12,099 orang.

Hampir 50,000 orang cedera di Turkiye sementara 5,000 orang lagi di Syria, kata pegawai dan pasukan penyelamat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menjangkakan angka korban boleh mencecah sehingga 20,000. 

Presiden Turkiyr Reccep Tayyid Erdogan ketika melawat kawasan terjejas di Kahramanmaras memberi jaminan bantuan akan tiba secepat mungkin.

Beliau dalam pada itu membidas kritikan bahawa kerajaan  lambat bertindak balas terhadap bencana terburuk di negara itu.

“Pada mulanya terdapat masalah di lapangan terbang dan jalan raya, tetapi hari ini keadaan semakin pulih dan akan bertambah baik esok.

“Kami sudah menggerakkan semua sumber yang kami ada. Kerajaan sedang menjalankan tugas,” katanya. – AFP, 9 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen