Speaker Dewan Perwakilan AS dakwa defisit meningkat bawah pentadbiran Biden


Dalam ucapannya pada petang Selasa, Presiden AS Joe Biden mendakwa pentadbirannya mengurangkan defisit AS sebanyak lebih AS$1.7 trilion. – Gambar AFP, 8 Februari 2023.

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy yang menyemak fakta ucapan tahunan Presiden Joe Biden kepada Kongres, mendakwa defisit negara itu sebenarnya meningkat di bawah pentadbiran Biden, lapor Sputnik.

Dalam ucapannya pada petang Selasa, Biden mendakwa pentadbirannya mengurangkan defisit AS sebanyak lebih AS$1.7 trilion.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Biden dan McCarthy berbincang untuk menaikkan siling hutang menjelang kemungkinan kegagalan AS menunaikan obligasi kewangannya.

“Semakan Fakta: Biden telah meningkatkan defisit sebanyak AS$800 bilion,” kata McCarthy menerusi Twitter.

McCarthy mencadangkan siling hutang dinaikan secara bertanggungjawab termasuk rancangan untuk menangani perbelanjaan kerajaan manakala Biden menggesa kenaikan tanpa syarat. – Bernama, 8 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen