Mengapa PSM mahu bertanding lebih banyak kawasan pada PRU14


Mustafa K. Anuar

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Soasialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata parti itu merancang untuk bertanding di lebih banyak kawasan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana Pakatan Harapan sehingga kini enggan berunding. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2018.

PARTI Soasialis Malaysia (PSM) merancang untuk bertanding di lebih banyak kawasan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi “mengekalkan ruang dalam peta pilihan raya”.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, parti itu terpaksa membuat tuntutan kerana Pakatan Harapan (PH) sehingga kini enggan berunding.

Tambah Dr Jeyakumar, kawasan-kawasan tersebut ialah kawasan “di mana mereka telah bekerja”.

PSM bercadang untuk meletak calon di kerusi Parlimen Sungai Siput, Batu Gajah, Cameron Highlands, Subang dan Hulu Langat. Manakala kerusi DUN ialah Kota Lama (Kelantan); Jelai (Pahang); Semenyih, Kota Damansara dan Pelabuhan Klang (Selangor) dan Buntong, Jelapang, Menglembu, Tronoh dan Malim Nawar (Perak).

“Jika PH telah menyertakan kami dalam rundingan kerusi mereka, kami mungkin boleh kompromi dan kurangkan bilangan (kerusi),” kata doktor itu. 

Namun, tambah beliau “jalan berunding masih terbuka dan kami telah maklumkan kepada PH”.

Dr Jeyakumar yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput berkata PRU14 ini sangat penting kerana “ada bahaya besar iaitu PH akan kalah dan Barisan Nasional (BN) akan mendapat kembali majoriti dua pertiga dan pembangkang bukan Melayu yang besar. 

“Ini seperti bencana untuk negara.” – 12 Mac, 2018.            

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • selamat maju jaya

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan