JUMLAH jangkitan Covid-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Januari, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.
Covid-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi , menurut PHAC.
PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global Covid-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.
Memandangkan angka jangkitan Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC. – Bernama,31 Januari 2023.
Komen