PERANCIS memutuskan pada Sabtu untuk melanjutkan ujian Covid-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana “situasi yang berkembang.”
Ujian itu pada mulanya ditetapkan sehingga 31 Januari.
Sejak awal tahun ini, pengembara berusia lebih 11 tahun dan datang dari China ke Perancis terpaksa mengemukakan ujian negatif yang diambil 48 jam sebelum penerbangan untuk menaiki pesawat.
Ujian rambang akan dijalankan dan sesiapa yang didapati positif perlu mengasingkan diri, kata pihak berkuasa Perancis, sambil menambah setiap orang yang berumur 6 tahun ke atas perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat.
Beberapa negara mengenakan peraturan perjalanan baharu ke atas pelancong dari China selepas Beijing memutuskan untuk melonggarkan sekatan virus yang ketat.
China menyatakan jumlah kematian harian Covid-19 menurun hampir 80% sejak awal bulan.
Gelombang kes virus melanda negara paling ramai penduduk di dunia itu sejak Beijing secara tiba-tiba menamatkan dasar sifar-Covid bulan lalu.
Angka yang dikeluarkan Beijing dipercayai hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar, memandangkan definisi sempit China mengenai kematian Covid dan anggaran rasmi sebahagian besar penduduk dijangkiti. – AFP, 28 Januari, 2023.
Komen