Zaman penjawat awam main golf ketika waktu pejabat sudah berakhir, kata menteri


The Malaysian Insight

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tidak akan berkrompomi dengan penjawat awam kanan yang tertangkap berada di padang golf ketika waktu pejabat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 Januari 2023.

ZAMAN penjawat awam kanan “bekerja di padang golf semasa waktu pejabat” sudah berakhir kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Nga berkata beliau dimaklumkan yang pegawai kanan ini, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), ramai yang berada di padang golf sedangkan mereka sepatutnya berada di pejabat untuk bekerja.

Bercakap kepada wartawan mengenai pelbagai isu yang melibatkan perkhidmatan awam dalam temu bual sempena Tahun Baharu Cina, Nga memberi amaran kepada pegawai ini yang jika mereka ditangkap ponteng di bawah pengawasannya akan menghadapi “tindakan tatatertib serta-merta”.

“Tidak akan ada kompromi,” katanya bagi menegaskan keseriusannya terhadap disiplin kerja.

Beliau berkata susulan laporan kes ponteng, beliau kini akan memberi perhatian lebih kepada isu yang melanggar disiplin ini.

“Orang bawahan mereka tidak tahu ke mana pegawai ini pergi semasa waktu pejabat.”

Alasan yang biasa mereka beri kepada orang bawahan ialah mereka dipanggil oleh “orang atas”, kata Nga.

“Saya hanya akan beri sekali sahaja amaran. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mendengarnya atau tidak.

“Namun, jika apa-apa berlaku selepas itu, mereka perlu menanggung akibatnya.”

Tiada kenaikan taksiran mendadak

Mengenai kenaikan kadar taksiran, yuran atau cukai oleh majlis tempatan, Nga berkata beliau menasihatkan mereka supaya membekukan sebarang kenaikan jika boleh, dan jika tidak boleh, menaikkannya secara beransur-ansur.

Beliau menegaskan apa yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Manjung pada 1 Januari lalu sebagai contoh utama dasar yang membebankan rakyat.

Majlis menaikkan lesen anjing daripada RM10 kepada RM150 – peningkatan 15 kali ganda.

“Jika bayaran lesen anjing dinaikkan daripada RM10 kepada RM15, saya boleh terima kerana ia munasabah.

Nga berkata perkataan operatif adalah munasabah.

“Mereka mesti munasabah.”

“Kami faham sesetengah kerajaan tempatan berada di penghujung tambatan (kewangan) mereka dan perlu diselamatkan oleh kerajaan pusat atau negeri.

“Ini benar terutamanya di negeri yang lebih miskin dan mundur. Tetapi menjadi dasar kami yang sebarang kenaikan dalam taksiran atau yuran mesti menjadi beban kepada rakyat.

“Mereka mesti mesra rakyat.”

Nga berkata majlis tempatan mesti mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat.

Tandas lebih bersih

Beliau juga bercakap mengenai menggantikan lampu jalan semasa kepada lampu LED atau solar serta tandas restoran.

Mengenai lampu jalan, Nga berkata kementeriannya memerlukan RM900 juta untuk menggantikan semua lampu jalan di negara ini dengan lampu LED atau solar.

Penggantian itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Penting untuk lampu terang supaya jalan raya selamat,” katanya.

“Lampu terang bukan sahaja memudahkan orang ramai memandu dengan selamat pada waktu malam, malah membantu mengurangkan jenayah.

Nga berkata apabila PN berkuasa di Perak selepas pilihan raya umum 2018, “kami menukar 3,000 lampu LED di Ipoh dan Taiping”.

Statistik jenayah polis selepas itu menunjukkan pengurangan ketara kes kecurian dan pecah rumah, katanya.

Mengenai tandas restoran yang kotor, Nga berkata beliau sedang mengkaji apakah implikasi undang-undang jika majlis tempatan membekukan pembaharuan lesen jika mereka tidak memenuhi piawaian diperlukan.

Pada masa sama, beliau berkata kementeriannya kini sedang memikirkan dasar mewajibkan semua restoran dalam bidang kuasa majlis bandaran mempunyai tandas sanitari Kelas A.

Katanya, beliau yakin dengan dasar ini semua pemilik restoran akan lebih mengambil berat tentang kebersihan termasuk tandas di premis mereka.

“Kementerian Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai dasar itu sebelum membuat pengumuman pada masa yang sesuai.” – 26 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen