Kerajaan tidak boleh pantau harga makanan seperti ‘komunis’, kata Rafizi


Ravin Palanisamy

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia tidak boleh menjadi seperti negara komunis, namun kerajaan mengawal selia harga harga makanan yang dijual di restoran dan hotel. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Januari, 2023.

KENAIKAN harga makanan dan minuman, terutama di restoran dan hotel adalah faktor utama yang menyebabkan inflasi, kata Rafizi Ramli.

Menteri ekonomi itu bagaimanapun berkata Malaysia tidak boleh menjadi seperti negara “komunis”, namun kerajaan mengawal selia harga harga makanan yang dijual di premis berkenaan.

“Secara konsepnya pada masa depan, jika kerajaan dapat mengawal inflasi pada kadar sihat tetapi ia tidak terlihat kepada harga dibayar oleh rakyat, makan sebagai negara dan masyarakat, kita aka nada masalah.

“Kecuali jika kita jadi sebuah negara komunis. Ini bermakna, semua harga barangan, semua harga (makanan), contohnya nasi dengan ikan dan sayur – kerajaan perlu kawal selia.

“Keadaan ini tidak akan berlaku kerana kerajaan hanya boleh mengawal dan menetapkan harga barangan tertentu yang digunakan ramai pihak mengikut Akta Kawal Harga, yang juga punca pendorong kepada harga akhir.” – 25 Januari, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen