Kedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam 


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemberian cuti itu bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Januari, 2023.

KERAJAAN Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Januari lepas.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya. – Bernama, 24 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen