Jumlah kes aktif Covid-19 menurun, lapor KKM


Ravin Palanisamy

MALAYSIA mencatatkan 142 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif kes sejak permulaan wabak itu kepada 5,034,972, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan.

Bagi jangkitan baharu, Selangor melaporkan 53 kes, Kuala Lumpur (27), Melaka (10), Negeri Sembilan (10), Johor (8), Putrajaya (7), Kedah (6), Perak (4), Terengganu (4), Pahang (3), Sarawak (3), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Sabah (2) dan Perlis (1).

Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu semalam.

Kes aktif menurun kepada 10,212 selepas 267 pesakit sembuh daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 9,859 orang (96.5%) menjalani kuarantin di rumah dan 353 (3.5%) berada di hospital.

Sebanyak 16 pesakit berada di unit rawatan rapi dengan 11 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 24 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen