Demokrasi perlukan lompatan arnab


GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendoakan rakyat Malaysia agar Tahun Arnab membawa satu lagi lonjakan ke hadapan untuk mencapai persaingan berbilang parti yang stabil dan matang.

Tahun Harimau yang lalu membawa cabaran dan dugaan kepada rakyat Malaysia, tetapi hasrat orang ramai untuk mengadakan Undang-undang Anti-Lompat Parti direalisasikan pada 5 Oktober 2022 dan membolehkan kerajaan campuran dibentuk pada 24 November.

Kami amat berbesar hati dengan visi Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu untuk membina semula negara melalui enam prinsip Malaysia Madani: Kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, kepercayaan dan belas kasihan.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bimbang bahawa Malaysia Madani hanya akan menjadi satu lagi slogan kosong seperti visi dan slogan bekas perdana menteri lalu – “Bersih, Cekap, Amanah”, “Wawasan 2020”, “Islam Hadhari”, “1Malaysia”, “Malaysia Baru” , “Malaysia Prihatin” dan “Keluarga Malaysia”.

Lalu, bagaimanakah Malaysia Madani dapat mencegah perkara berikut:

(1) Parti dari membeli undi atas nama kebajikan. In kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak pernah dikuatkuasakan secara konsisten

(2) Pengundi terus menganggap wakil rakyat sebagai mesin ATM dalam bentuk manusia kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi kesan kepada perubahan di Parlimen/ Dewan Undangn Negeri

(3) Parti menukar gabungan dan menjatuhkan kerajaan atas jawatan menteri atau GLC

(4) Jabatan Peguam Negara menggugurkan pertuduhan ke atas ahli politik dan pengawai negeri yang korup

(5) Ahli Parlimen memainkan sentimen etno-agama apabila tidak diberi insentif dan disokong untuk membangunkan kepakaran dasar

(6) Pembangkang peringkat negeri dinafikan akses sama rata kepada dana persekutuan?

(7) Ahli parlimen Persekutuan dan negeri pembangkang dinafikan akses sama rata kepada dana pembangunan kawasan

(8) Perniagaan dikawal parti politik yang bergantung kepada pembiayaan swasta untuk beroperasi kerana tidak disokong oleh subsidi awam

(9) Sikap negatif pengundi ke atas pilihan raya kerana tidak tahu secara lebih awal tarikh pilihan raya tetapi mereka perlu pulang untuk mengundi

Bersih sama sekali tidak pesimis dengan Malaysia Madani. Kami melihat ia berpotensi mengubah Malaysia jika dua syarat dipenuhi: Pertama, hormat dan kepercayaan antara parti politik mesti diwujudkan dan kedua, inovasi mengatasi kebiasaan bagi pembaharuan institusi.

Kami menanti-nantikan Anwar memulakan perbualan nasional merentas parti, merentas sektor, merentas negeri dengan agenda konkrit untuk melaksana cita-cita Malaysia Madani beliau dalam budaya politik dan reformasi institusi.

Bersih sentiasa bersedia untuk membantu beliau dan pemimpin lain – dalam Parlimen dan Kabinet – dalam inisiatif sedemikian.

Bersih mendoakan Malaysia membuat lonjakan arnab dalam kestabilan dan akauntabiliti politik yang sebenar, supaya negara boleh membina keyakinan perniagaan dan mengejar pemulihan pasca Covid untuk mencapai tiga nilai lain Malaysia Madani: “Kemampanan”, “Kemakmuran” dan “Belas Kasihan”. – 23 Januari, 2023.

*Kenyataan ini dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu Bersih

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen