SEBANYAK 293 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 285 yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,034,521 kes, menurut data di laman web KKMNow.
Kes baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 84 kes, diikuti Kuala Lumpur (69) dan Pulau Pinang (28).

Semalam juga dua kematian akibat Covid-19 direkodkan, masing -masing satu di Johor dan Sarawak. Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,932 sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Sementara itu seramai 366 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 12 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, sepuluh pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 Januari 2023.
Komen