KKM lapor 318 jangkitan Covid, kes aktif menurun


Ravin Palanisamy

KES aktif Covid-19 menurun kepada 10,377 ketika negara mencatatkan 318 kes baharu berbanding 331 kes pulih, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Seramai 9,960 orang (96%) sedang kuarantin di rumah manakala selebihnya 417 (4%) di hospital.

19 pesakit di unit rawatan rapi di mana 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor mencatatkan 94 kes, diikuti Kuala Lumpur (71), Sarawak (20), Melaka (17), Sabah (16), Johor (15), Terengganu (13), Kedah (12), Negeri Sembilan (12), Perak (12), Pulau Pinang (11), Putrajaya (11), Pahang (8) dan Kelantan (6).

Perlis dan Labuan tidak melaporkan sebarang jangkitan baharu.

Tiada kematian akibat Covid dilaporkan semalam. – 20 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen