SEBANYAK 350 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,033,254 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes aktif Covid-19 turun kepada 10,327 selepas 349 kes pulih dicatat, menurut data di laman web KKMNow.
Kes baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 128 kes, diikuti Kuala Lumpur (81) dan Johor (20).

Semalam juga lima kematian akibat Covid-19 direkodkan. Dua kematian dilaporkan di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes diSelangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,919 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Sementara itu seramai 426 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 16 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, lapan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 18 Januari 2023.
Komen