Jumlah kes Covid-19 turun ke 244


Ravin Palanisamy

Kementerian Kesihatan melaporkan 244 kes baharu Covid-19 berbanding 401 kes pulih semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2023.

JUMLAH kes aktif Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan kepada 10,477 selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 244 kes baharu berbanding 401 kes pulih semalam.

Daripada jumlah kes aktif, 10,008 orang (95.5%) menjalani kuarantin di rumah dan 469 (4.5%) dirawat di hospital.

20 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian berkaitan koronavirus direkodkan semalam, menjadikan angka kematian kekal pada 36,908.

Daripada jumlah kes jangkitan baharu, Selangor merekodkan 84 kes, Kuala Lumpur (37), Johor (22), Melaka (17), Perak (15), Pulau Pinang (14), Sarawak (11), Kedah (10), Putrajaya (8) , Pahang (8), Negeri Sembilan (7), Sabah (6), Kelantan (3) dan Terengganu (2).

Perlis dan Labuan tidak merekodkan sebarang kes jangkitan. – 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen