Pesawat bawa 72 penumpang, anak kapal terhempas di Nepal


Pesawat milik syarikat penerbangan Yeti Airlines terhempas di antara lapangan terbang lama dan baharu Pokhara di tengah Nepal. – Gambar AFP, 15 Januari, 2023.

PESAWAT yang membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas di Nepal, kata jurucakap syarikat penerbangan Yeti Airlines, hari ini.

“Terdapat 68 penumpang dan empat anak kapal… Kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan, kami tidak tahu jika ada yang terselamat,” kata Sudarshan Bartaula kepada AFP.

Pesawat itu terhempas di antara lapangan terbang lama dan baharu Pokhara di tengah Nepal.

Pegawai tempatan Gurudutta Dhakal berkata bangkai itu terbakar dan pasukan penyelamat cuba memadamkannya.

“Pasukan penyelamat sudah sampai di sana dan cuba memadamkan kebakaran. Semua agensi kini memberi tumpuan untuk memadamkan api terlebih dahulu dan menyelamatkan penumpang,” kata Dhakal. – AFP, 15 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen