CHINA hari ini melaporkan hampir 60,000 kematian akibat Covid-19 sejak awal bulan lalu.
Terdapat sejumlah 59,938 kematian berkaitan Covid-19 antara 8 Disember 2022 dan 12 Januari tahun ini.
Menurut suruhanjaya kesihatan kebangsaan, kematian itu berlaku di hospital, sekali gus mencetuskan kemungkinan lebih ramai mangsa mungkin meninggal dunia di rumah.
Laporan itu menggandakan lebih daripada angka rasmi kematian Covid-19 China kepada 10,775. Jumlah angka rasmi ialah 5,272 pada 8 Januari.
Kerajaan China berhenti melaporkan data mengenai jangkitan dan kematian Covid-19 pada awal Disember selepas menarik balik kawalan anti-virus secara tiba-tiba.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan kerajaan lain merayu kepada Beijing untuk mendapatkan maklumat lanjut di tengah-tengah lonjakan jangkitan. – AFP, 14 Januari, 2023.
Komen