KKM lapor 9 kematian baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Selangor mencatatkan bilangan kes baharu Covid-19 terbanyak dengan 106, diikuti Kuala Lumpur (63) dan Melaka (39). – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2023.

MALAYSIA mencatatkan sembilan kematian Covid-19 untuk hari kedua berturut-turut semalam, menjadikan jumlah kematian sejak permulaan pandemik kepada 36,901.

Terdapat empat kematian berkaitan koronavirus di Selangor, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Melaka dan satu di Johor.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 367 jangkitan semalam, penurunan dalam jumlah harian untuk hari keempat berturut-turut, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 5,031,443.

Selangor mencatatkan bilangan kes terbanyak dengan 106, diikuti Kuala Lumpur (63), Melaka (39), Sarawak (34), Kedah (17), Pulau Pinang (16), Johor (15), Negeri Sembilan (12), Sabah (12), Kelantan (11), Pahang (10), Perak (10), Putrajaya (10), Terengganu (8), Labuan (3) dan Perlis (1).

Kes aktif menurun kepada 11,372 selepas 398 pesakit sembuh daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, sebanyak 10,846 orang (95.4%) menjalani kuarantin di rumah dan 526 (4.6%) berada di hospital.

Sebanyak 24 pesakit berada dalam unit rawatan rapi dengan 12 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 12 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen