KKM lapor 380 jangkitan baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

MALAYSIA mencatatkan 380 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan pandemik kepada 5,031,076.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 9 kematian baharu berkaitan koronavirus didaftarkan - 5 di Kuala Lumpur, 3 di Selangor dan 1 di Melaka - menjadikan jumlah kematian kepada 36,892.

Daripada jangkitan baharu, Selangor melaporkan 88 kes, Kuala Lumpur (67), Sarawak (51), Kedah (23), Melaka (23), Negeri Sembilan (20), Perak (19), Johor (15), Terengganu (15), Sabah (14), Pahang (12), Putrajaya (9), Labuan (8), Kelantan (8), Pulau Pinang (7) dan Perlis (1).

 Kes aktif menurun kepada 11,412 selepas 373 pesakit sembuh daripada penyakit itu.

 Antara kes aktif, sebanyak 10,844 orang (95%) menjalani kuarantin di rumah dan 568 (5%) berada di hospital.

Terdapat 26 pesakit dalam unit rawatan rapi dengan 11 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 11 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen