KKM lapor 383 kes baharu Covid-19, 8 kematian


Ravin Palanisamy

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19dalam negara kini mencecah 5,030,696 kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari 2023.

SEBANYAK 383 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,030,696 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Kes aktif Covid-19 turun kepada 11,414 selepas 355 kes pulih dicatat, menurut data di laman web KKMNow.

Kes baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 149 kes, diikuti Kuala Lumpur (42) dan Sarawak (25).

Semalam juga lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan. Tiga kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan satu di Perak.

Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,883 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Sementara itu seramai 635 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 28 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 10 Januari 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen