SIASATAN berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang hakim menghakis kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman, kata Presiden Badan Peguam Karen Cheah.
Beliau berkata, pendedahan agensi anti rasuah mengenai butiran kes itu mendapat kritikan hebat daripada orang ramai malah membawa kepada ancaman peribadi.
“Siasatan SPRM dan pendedahan umum nama hakim menjejaskan kebebasan badan kehakiman dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap hakim dan institusi itu,” kata Cheah ketika berucap dalam satu majlis pembukaan tahun undang-undang di Putrajaya.
Cheah turut mengecam SPRM kerana bertindak semata-mata berdasarkan laporan seorang blogger dalam pelarian, yang tidak disebut namanya tetapi difahamkan sebagai Raja Petra Kamarudin.
“Tuduhan itu sangat berat dan terdapat serangan langsung (ke atas kebebasan badan kehakiman) serta (ancaman) keselamatan hakim.
Cheah tidak menamakan hakim berkenaan tetapi menyebut individu berkenaan mempunyai kaitan dengan kes “kleptokrasi”, yang membawa maksud perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dana SRC International.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mengetuai kes itu, sedang disiasat oleh SPRM berikutan dakwaan kononnya wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya. – 9 Januari, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen