SEBANYAK 543 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, turun sedikit berbanding 571 kes yang dilaporkan kelmarin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,029,337 kes, menurut data di laman web KKMNow.
Kes aktif Covid-19 turun kepada 11,415 selepas 688 kes pulih dicatat semalam.
Kes baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 162 kes, diikuti Kuala Lumpur (87) dan Melaka (46).

Semalam juga 4 kematian akibat Covid-19 direkodkan. Dua kematian dilaporkan di Selangor, manakala Pahang dan Putrajaya masing-masing satu kes.
Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,870 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Sementara itu seramai 578 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 33 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 Januari 2023.
Komen