KKM lapor 571 kes baharu Covid-19, 7 kematian


Ravin Palanisamy

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 5,028,794 kes, menurut data KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari 2023.

SEBANYAK 571 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 433 kes yang dilaporkan kelmarin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,028,794 kes, menurut data di laman web KKMNow.

Kes aktif Covid-19 turun sebanyak 19.6% kepada 11,564 selepas 696 kes pulih dicatat.

Kes baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 191 kes, diikuti Kuala Lumpur (82) dan Sarawak (54).

Semalam juga 7 kematian akibat Covid-19 direkodkan. Dua kematian masing-masing di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, manakala satu kes di Pulau Pinang.

Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,866 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Sementara itu seramai 619 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 38 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 6 Januari 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen