KES aktif Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 333 kes baharu berbanding 376 kes pulih semalam.
Ini menjadikan kes aktif kepada 11,763, yang mana 11,109 orang menjalani kuarantin di rumah (94.4%) dan 654 dirawat di hospital (5.6%).
Sebanyak 32 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Pahang melaporkan satu-satunya kes kematian berkaitan koronavirus semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 36,859.
Daripada jangkitan baharu Covid-19, Selangor mencatatkan 82 kes, Kuala Lumpur (58), Sarawak (34), Kedah (27), Perak (20), Johor (18), Melaka (18), Pulau Pinang (17), Sabah (17), Kelantan (14), Negeri Sembilan (12), Pahang (5), Terengganu (5), Putrajaya (5) dan Perlis (1).
Labuan tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan baharu semalam. – 4 Januari, 2023.

Komen