Malaysia catat 360 kes baharu Covid-19


Kes aktif Covid-19 terus menurun kepada 11,807 selepas 423 pesakit sembuh daripada penyakit itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Januari, 2023.

JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia berada dalam aliran menurun apabila negara mencatatkan 360 kes baharu semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes negara sejak permulaan wabak itu kepada 5,027,457.

Sarawak melaporkan satu-satunya kematian berkaitan koronavirus semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 36,858.

Daripada jangkitan baharu, Selangor mencatatkan 109 kes, diikuti Kuala Lumpur (40), Kedah (32), Sarawak (23), Melaka (21), Pulau Pinang (21), Johor (19), Perak (17), Kelantan (15), Pahang (15), Negeri Sembilan (14), Terengganu (11), Putrajaya (11), Sabah (10), dan Perlis (2).

Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu.

Kes aktif terus menurun kepada 11,807 selepas 423 pesakit sembuh daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 11,197 orang menjalani kuarantin di rumah (94.8%) dan 610 berada di hospital (5.2%).

Terdapat 30 pesakit dalam unit rawatan rapi dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 3 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen