Australia wajibkan pengembara China kemuka ujian saringan Covid-19


AUSTRALIA mewajibkan semua pengembara dari China menyerahkan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif sebelum berlepas ke negara itu berkuat kuasa 5 Januari ini.

Menteri Kesihatan Australia Mark Butler berkata langkah itu diambil bagi melindungi rakyat tempatan daripada risiko jangkitan varian baharu Covid-19 dan susulan lonjakan kes di China.

China baru-baru ini umum akan melonggarkan sekatan pandemik selepas tiga tahun melaksanakan langkah ketat sifar Covid-19 termasuk menutup sempadan.

Butler berkata walaupun 97% individu dewasa di Australia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, namun wujud kebimbangan China tidak berkongsi maklumat secukupnya mengenai situasi sebenar jangkitan atau varian yang terlibat.

“Langkah ini sebagai tindak balas terhadap lonjakan ketara kes Covid-19 di China dan potensi kemunculan varian baharu di negara itu,” katanya. – AFP,  1 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen