MALAYSIA memcatatkan 513 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,026,677 juta sejak permulaan wabak itu, kata Kementerian Kesihatan.
Satu kematian dilaporkan semalam di Perak menjadikan jumlah keseluruhan 36,853 orang.
Negeri dan wilayah yang melaporkan jangkitan baharu ialah Selangor (159), Kuala Lumpur (72), Sarawak (49), Pulau Pinang (46), Kedah (36), Melaka (31), Perak (18), Negeri Sembilan (17), Putrajaya (17), Johor (16), Kelantan (16), Pahang (13), Sabah (12), Terengganu (8), Labuan (2) dan Perlis (1).
Setakat ini terdapat 620 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 33 berada di dalam unit rawatan rapi(ICU). – Bernama, 1 Januari 2023.
Komen