KADAR tol di dua lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini,” kata Alexander Nanta Linggi.
Menteri kerja raya berkata kadar baharu bagi kenderaan kelas 1 di Besraya ialah RM1.85 bagi mereka yang dalam perjalanan dari Loke Yew and Mines (Utara & Selatan).
Beliau berkata caj semasa ialah RM2 untuk perjalanan sehala di Besraya.
Beliau berkata caj tol bagi kenderaan Kelas 1 di Lekas telah diturunkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km.
Pengguna kelas 1 akan membayar RM7.80 untuk perjalanan sehala di Lekas dari pintu masuk pertama ke pintu keluar terakhir.
Nanta berkata pengurangan itu dipersetujui oleh pemegang konsesi - IJM Corporation Bhd - selepas keputusan dibuat pada mesyuarat kabinet 21 Disember.
“Kerajaan mampu menjimatkan pampasan dianggarkan RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuh raya.
“Penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan sumber bagi memenuhi keperluan rakyat kerana kita bimbang dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan itu.– 31 Disember, 2022.

Komen