Masalah lambakan ruang pejabat ambil masa 7 tahun untuk selesai


Noel Achariam

Ruang pejabat yang bakal muncul di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh empat tahun akan datang mengambil masa tujuh tahun untuk dipenuhkan, dedah konsultan hartanah Savills Malaysia Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2018.

RUANG pejabat yang bakal muncul di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh empat tahun akan datang mengambil masa tujuh tahun untuk dipenuhkan, dedah perunding hartanah Savills Malaysia Sdn Bhd.

Pengerusinya Christopher Boyd berkata penawaran ruang pejabat sedia ada pada 2017 adalah berjumlah 120.8 juta kaki persegi dan akan meningkat kepada 141.8 juta kaki persegi dalam tempoh empat tahun akan datang.

Peningkatan 21 juta kaki persegi dalam pasaran mengambil masa tujuh tahun untuk diserap berdasarkan pengiraan 2.7 juta kaki persegi setahun, katanya.

“Ia angka yang amat baik dan lebih besar berbanding Singapura, Bangkok dan Manila. Ruang tersebut termasuk beberapa projek baru yang mana telah diluluskan untuk pembangunan, yang kebanyakannya sudah dalam pembinaan, bukan di peringkat rancangan, sebaliknya dalam pembinaan fizikal,” katanya kepada The Malaysia Insight.

Kadar penyerapan untuk ruang pejabat baru pada 2017 (1.14 juta kaki persegi) adalah lebih baik berbanding pada 2016 (0.36 juta kaki persegi) disumbang oleh kewujudan Menara Public Bank 2, Ibu Pejabat MYEG di Empire City dan menara GEO Sunway, kata Boyd.

Projek pada 2018 dan 2019 yang akan meningkatkan penawaran dalam pasaran adalah projek TRX seperti The Exchange 106 dan ibu pejabat Prudential, Equatorial Plaza, Menara Dayabumi Fasa 3, ibu pejabat YTL, Menara TCM, Mercu 2, KL Eco City, Mid Valley Southpoint and Etiqa Bangsar.

Di Selangor pula, menara HCK, menara Celcom, Symphony Square and menara Nucleus sedang dalam proses untuk disiapkan.

Boyd berkata perancang bandar perlu mengatasi kebimbangan mengenai sama ada penawaran itu akan menyumbang kepada lambakan yang lebih parah.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen