MALAYSIA merekodkan 679 kes baharu harian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5.026 juta sejak permulaan wabak itu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam dengan satu kematian di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan 36,851.
Negeri dan wilayah yang melaporkan jangkitan baharu ialah Selangor (221), Kuala Lumpur (94), Sarawak (79), Melaka (50), Pulau Pinang (44), Perak (34), Kedah (30), Johor (26), Kelantan (24), Putrajaya (21), Pahang (19), Terengganu (14), Negri Sembilan (9), Sabah (9), Labuan (3) dan Perlis (2).
Pada masa ini terdapat 645 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dengan 34 daripadanya dalam rawatan rapi. – 30 Disember, 2022.
Komen