MALAYSIA mencatatkan 480 jangkitan baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sejak permulaan wabak kepada 5.02 juta.
Empat kematian direkodkan - masing-masing satu di Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak - menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,845.
Daripada jumlah jangkitan baharu, Selangor mencatatkan kes paling ramai dengan 136, diikuti Kuala Lumpur (69) dan Sarawak (44).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Kedah (35), Perak (34), Pulau Pinang (32), Pahang (25), Melaka (22), Sabah (18), Kelantan (17), Johor (14), Putrajaya ( 13), Negeri Sembilan (10), Terengganu (9) dan Labuan (2).
Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu semalam.
Kes aktif terus menurun kepada 12,920 selepas 957 pesakit sembuh daripada penyakit itu.
Antara kes aktif, 12,213 orang menjalani kuarantin di rumah (94.5%) dan 707 di hospital (5.5%).
Terdapat 41 pesakit dalam unit rawatan rapi dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 29 Disember, 2022.
Komen