KES aktif Covid-19 di Malaysia terus merekodkan trend menurun apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 834 kes pulih berbanding 423 jangkitan baharu semalam.
Jumlah kes aktif kini berjumlah 13,401.
Enam kematian berkaitan koronavirus dilaporkan semalam - dua di Perak dan masing-masing satu di Perlis, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak - menjadikan jumlah kematian kepada 36,841.
Daripada jumlah jangkitan baharu, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 131, diikuti Kedah (42) dan Sarawak (41).
Negeri dan wilayah lain yang turut merekodkan kes baharu adalah Kuala Lumpur (37), Melaka (36), Pulau Pinang (33), Johor (22), Kelantan (18), Negeri Sembilan (18), Perak (16), Pahang (10), Sabah (9), Terengganu (5), Putrajaya (4) dan Perlis (1).
Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.
Daripada kes aktif, 12,672 orang menjalani kuarantin di rumah (94.6%) dan 729 di hospital (5.4%).
43 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi, 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 28 Disember, 2022.
__full.jpg)
Komen