Ribut salji: Biden lulus peruntukan untuk New York


Presiden AS Joe Biden semalam meluluskan pengisytiharan darurat untuk negeri New York berikutan ribut salji dasyat yang melanda negeri itu. – Gambar AFP, 27 Disember, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam meluluskan pengisytiharan darurat untuk negeri New York berikutan ribut salji dasyat yang melanda negeri itu. 

Susulan itu juga Biden mengarahkan kerajaan persekutuan mengeluarkan peruntukan bagi membantu  kerajaan negeri dan tempatan, menurut Rumah Putih, lapor Xinhua.

Ribut salji dan suhu sejuk yang berterusan telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa di New York setakat semalam dan lebih 50 kematian dilaporkan di seluruh negara. – Bernama, 27 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen