MALAYSIA merekodkan 609 kes baharu Covid-19 harian semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Kes aktif kini berjumlah 13,997, turun 22.1% berbanding 14 hari lalu.
Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut: Selangor (236), Kuala Lumpur (57), Pulau Pinang (56), Melaka (47), Kedah (34), Sarawak (30), Negeri Sembilan (26), Pahang (23) , Perak (21), Putrajaya (21), Kelantan (17), Johor (15), Sabah (11), Terengganu (7), Perlis (4) dan Labuan (4).
Tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan semalam - kali pertama sejak 23 Oktober.
Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 36,831 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.
Terdapat 147 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 209 kes kematian pada bulan lepas dan 101 kes kematian pada Oktober.
Terdapat 725 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 43 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (49) diikuti Sabah (34) dan Kedah (24). – 26 Disember, 2022.

Komen