MALAYSIA merekodkan 766 kes baharu Covid-19 harian semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 5,022,910, kata Kementerian Kesihatan.
Satu kes kematian berkaitan Covid-19 turut dilaporkan di Johor. Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 36,831 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan.
Jumlah kes aktif kini 14,124, turun 24.6% berbanding 14 hari lalu.
Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut: Selangor (319), Kuala Lumpur (88), Sarawak (72) Kedah (47), Melaka (42), Pulau Pinang (41), Pahang (27), Negeri Sembilan (24), Putrajaya (24), Perak (20), Sabah (17), Terengganu (14), Johor (11), Kelantan (10), Perlis (6) dan Labuan (4).
Seramai 806 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 42 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dicatatkan di Sabah (56) diikuti Selangor (52) dan Kedah (39). – 25 Disember, 2022.

Komen