KKM rekod 902 kes baharu Covid-19


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 902 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak kepada 5,022,144.

Enam kematian Covid-19 turut direkodkan, dengan 3 daripadanya diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital

Ia dilaporkan di Selangor (3), Kedah (1), Pulau Pinang (1), dan Putrajaya (1).

Daripada jangkitan baharu itu, Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 365 diikuti Kuala Lumpur (91), Sarawak (76), Pulau Pinang (53), Kedah (48), Melaka (46), Perak (42), Negeri Sembilan ( 39), Putrajaya (34), Sabah (29), Pahang (24), Johor (23), Kelantan (16), Terengganu (10), Labuan (4) dan Perlis (2).

Pada masa ini terdapat 776 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 44 berada di unit rawatan rapi. – 24 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen