SERAMAI 239 orang selamat tiba di Pondok Timpohon di kaki Gunung Kinabalu menerusi operasi menyelamat Jabatan Pertahanan Awam yang tamat kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Gempa bumi berskala 5.2 magnitud melanda Ranau kira-kira 9.06 malam semalam, menyebabkan kerajaan negeri Sabah menghentikan sementara aktiviti di Gunung Kinabalu.
Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan dan agensi kerajaan negeri masih melakukan penilaian terhadap keadaan itu.
Kira-kira 130 pendaki, 42 malim gunung, enam anggota Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Gunung, 11 kakitangan Taman-taman Sabah, 12 kakitangan syarikat persendirian, empat pekerja pembinaan dan 30 pekerja rumah persinggahan.
Kira-kira 24 anggota bomba dan penyelamat, tiga pegawai polis, 12 anggota Jabatan Pertahanan Awam, 21 anggota Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Gunung dihantar ke kawasan Gunung Kinabalu untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. – 9 Mac, 2018.
Komen