SEBANYAK 858 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, hari keenam berturut-turut jangkitan harian bawah 1,000 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,021,242 kes, menurut data di laman web KKMNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 348 kes, diikuti Kuala Lumpur (107) dan Melaka (69).
Manakala 58 kes dilaporkan di Sarawak, Kedah (55), Pulau Pinang (47), Negeri Sembilan (35), Perak (32), Kelantan (26), Sabah (22), Terengganu (15), Johor (15), Putrajaya (13), Pahang (11), Perlis (4) dan Labuan (1).
Seramai 1,119 pesakit sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dibenarkan keluar hospital semalam, menurut KKM.
Sementara itu, seramai 905 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital. Daripada jumlah itu, 46 di tempatkan di unit rawatan rapi, dengan 23 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 23 Disember, 2022.
Komen