CHINA perlu berkongsi maklumat jangkitan Covid-19 di negara itu kerana peningkatan kes turut memberi kesan kepada ekonomi dunia, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken.
“Implikasinya bukan hanya kepada China tetapi seluruh dunia. Jadi ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku,” kata Blinken pada sidang media di Washington semalam. Tambah beliau, AS sedia membantu pada bila-bila masa jika diperlukan.
Blinken yang merancang lawatan ke Beijing awal tahun depan berkata penularan Covid-19 di China perlu dibendung.
“Apabila virus merebak, ada kemungkinan ia akan terus menular lebih meluas ke negara-negara lain.
“Malah seperti yang kita lihat sekarang ini situasi di China memberi kesan ke atas ekonomi global,” katanya. – AFP, 23 Disember, 2022.
Komen