Gempa bumi sederhana landa Ranau, Sabah


Jason Santos

Para pendaki yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu diarahkan supaya turun semula sebaik saja gempa melanda. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Mac, 2018.

GEMPA bumi bermagnitud 5.2 melanda Ranau, Sabah malam ini, menurut Jabatan Metereologi Malaysia. 

Gempa dikategorikan sebagai “sederhana” dan melanda Ranau pada jam 9:06 malam tadi dengan kedalaman 5km, kata jabatan itu menerusi halaman Facebook.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut jabatan itu lagi.

Dalam rekasi segera, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata pendaki Gunung Kinabalu berada dalam keadaan selamat.

“Kami mungkin akan menghentikan sebarang pendakian ke puncak sehingga kakitangan kami boleh memeriksa keadaan,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.

Kali terkahir Sabah dilanda gempa ialah di Gunungg Kinabalu pada 5 Jun 2015, dengan magnitud 6.0 dan meragut 18 nyawa.

Gempa itu turut melanda Ranau hingga menyebabkan kerosakan harta benda dan gegarannya juga dirasai hingga ke daerah yang jauh. Ia merosakkan pembentukan “Donkey Ears” yang cukup terkenal di puncak Gunung Kinabalu.

Menteri Pelancongan Sabah Masidi Manjun melalui Twitter berkata gegaran dirasai banyak kawasan pantai barat Sabah, termasuk Kota Kinabalu.

Pekerja di Sook Sanctuary Lodge di Laban Rata memberitahu The Malaysian Insight, ketika gempa yang berlaku malam ini, kira-kira 130 pendaki berada di Laban Rata di atas Gunung Kinabalu yang merancang untuk menaiki puncak esok.

Menurut mereka, masih ada lagi gegaran dirasai di Laban Rata dan batu-batu bergolek dari atas gunung  kira-kira 15 minit selapas gegaran pertama. – 8 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen