MALAYSIA mencatatkan 984 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sejak permulaan wabak kepada 5.02 juta.
Tujuh kes kematian berkaitan koronavirus turut direkodkan - dua di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur - menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 36,821.
Daripada jumlah jangkitan baharu, Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 391, diikuti Kuala Lumpur (111) dan Sarawak (104).
Negeri dan wilayah lain yang turut merekodkan jangkitan baharu ialah Kedah (50), Melaka (49), Pulau Pinang (48), Perak (45), Kelantan (36), Sabah (33), Pahang (31), Negeri Sembilan (29), Johor (18), Putrajaya (18), Terengganu (12), Perlis (5) dan Labuan (4).
Kes aktif menurun kepada 14,854 selepas 1,534 pesakit sembuh daripada penyakit itu.
Daripada jumlah kes aktif, 13,975 orang menjalani kuarantin di rumah (94.1%) dan 879 di hospital (5.9%).
Terdapat 37 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 Disember, 2022.
__full.jpg)
Komen