847 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Setakat ini 49 pesakit masih menerima rawatan di ICU. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2022.

MALAYSIA merekodkan 847 kes baharu Covid-19 semalam.

Enam kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Johor (2), Perak (2), Pahang (1) dan Perlis (1) menjadikan angka kematian meningkat kepada 36,806 kes.

Daripada kes jangkitan baharu, Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 405 kes diikuti Kuala Lumpur (66), Pulau Pinang (47), Negeri Sembilan (46), Kedah (42), Sarawak (40), Melaka (39), Perak (35), Sabah (30), Johor (23), Putrajaya (19), Kelantan (18), Pahang (17), Terengganu (15) dan Perlis (5).

Terdapat 963 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dengan 49 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (icu). – 19 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen