SERAMAI 16 maut setakat ini selepas kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Farther’s Organic Farm di Gohtong Jaya, dekat Genting Highlands, pagi tadi.
Seorang yang meninggal dunia adalah kanak-kanak.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengumumkan angka kematian terkini setakat 11 pagi hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata bencana itu berlaku kira-kira jam 3 pagi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata setakat 9.15 pagi, 92 orang mangsa terlibat dengan tujuh daripada yang diselamatkan mengalami kecederaan. – 16 Disember, 2022.
Komen