Kes Covid-19 di AS meningkat


Purata kes baharu Covid-19 mingguan di AS mencecah lebih 65,000 pada minggu lepas meningkat hampir 50% berbanding minggu sebelumnya. – Gambar EPA, 16 Disember, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Khamis kes Covid-19 “meningkat” di seluruh negara.

Kenyataan yang disiarkan di akaun Twitternya itu, ketika rakyat Amerika sedang menikmati musim cuti.

White House menyambung semula program penghantaran kit ujian Covid-19.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden memberitahu wartawan pada Rabu, kes Covid-19 meningkat di beberapa kawasan sempena perayaan Thanksgiving, lapor Xinhua.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, purata kes baharu Covid-19 mingguan mencecah lebih 65,000 pada minggu lepas meningkat hampir 50% berbanding minggu sebelumnya.

Lebih 99 juta kes dan 1.08 juta kematian dilaporkan setakat 7 Dis.

Selain Covid-19, kes jangkitan virus lain iaitu influenza dan respiratory syncytial virus (RSV) juga sedang melanda negara ini. 

Beberapa bandar dan daerah termasuk New York City dan Los Angeles County menggesa orang ramai untuk memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan tertutup. – Bernama, 16 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen