KKM lapor 1,241 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Seramai 1,077 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 67 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2022.

SEBANYAK 1,241 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 1,040 yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,013,724 kes, menurut data di laman web KKMNow.

Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 472 kes, diikuti Sarawak(138) dan Kuala Lumpur (108).

Semalam juga sebanyak enam kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,784 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Daripada enam kematian semalam, dua direkodkan masing-masing di Kedah dan Negeri Sembilan, manakala Johor dan Perak masing-masing satu kes.

Sementara itu seramai 1,077 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 67 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 43 pesakit memerlukan alat bantuan  pernafasan. – 15 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen